Remaja Dirogol oleh Lelaki Dikenali Menerusi WeChat- PERKARA SAMA BERULANG LAGI: BAHAYA BERI HANDPHONE PADA ANAK ANDA!

Remaja Dakwa Dirogol Oleh 5 Lelaki Yang Dikenali Menerusi WeChat


KOTA KINABALU, 30 Jun: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dia dirogol oleh lima remaja lelaki dikenalinya menerusi aplikasi WeChat.
Menurut mangsa, dia mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh suspek yang berusia antara 13 hingga 18 tahun pada 14 Jun di sebuah rumah using di Manggatal.
Namun, remaja perempuan itu hanya membuat laporan polis pada Rabu lalu dan semua suspek ditangkap dalam tempoh kurang dari 24 jam.
Polis berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang pada 14 jun lalu selepas mangsa dibawa oleh lima remaja lelaki yang baru sahaja dikenali selama tiga minggu melalui aplikasi terbabit.
"Awalnya mangsa menemui lima suspek itu di sebuah taman di Manggatal sebelum dibawa ke sebuah bangunan usang." kata Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra sebagaimana lapor BH Online.
"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan berkenaan dengan berjalan. Dia mendakwa cuba melarikan diri namun dihalang suspek," kata beliau.
Chandra berkata lagi, mangsa diajak berbual sebelum dipaksa berbaring dilantai dan dirogol secara bergilir-gilir di bangunan tersebut.
Kesemua suspek ditahan bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan.
Sumber: Berita Harian Online

Aku dah naik jelak dengan tajuk yang ni. 
Macam siaran ulangan pun ada aku rasa. 
Ini satu je contoh kes. Berlambak lagi kes 
yang tajuk dan kisah hampir sama terjadi. 

Kenal kat wechat.Jumpa. Kena rogol. 
1ST SEKALI AKU NAK SALAHKAN 
MAK BAPAK/PENJAGA DULU ( KALAU 
BUDAK2 TU  ADA MAK BAPAK LA).
Point aku, apa jadah bagi handphone 
kat anak2 kau?senang nak berhubung? OKAy...tapi 
sekali2  jenguklah apa yang ada 
dalam fon anak kau tu...dengan sapa
dia berhubung. Bila kau dah bagi
anak kau fon ni, kau dah buka pintu
untuk anak kau seluas-luasnya untuk
dia explore dunia luar. tu belum kau
bagi tablet, laptop, 

Aku cadanglah bagi fon yang takda 
internet je kat anak2 kau ni, aku dulu pun
taklah hadap fon2 yang canggih masa
kat sekolah, tu pon nokia 3310 je. 
Dan sebab aku tengok kes ni berulang
sebab wechat je kan, aku cadang mak 
bapak janganlah bagi anak2 tak kenal dunia
kau ni pakai wechat. sebab kau dah tahu 
mudaratnya kan? banyak masuk surat 
khabar dah. takkan kau nak tunggu anak
kau pun jadi tajuk berita jugak? beringatlah
sebelum jadi ya.  Janganlah percaya 
sangat anak2 kau ni, biarlah alim ke, 
tudung xpenah tinggal ke, tapi nafsu 
budak2 sekarang ni kita pun tak boleh 
nak agak. jadi, bagi aku, kalau xde 
keperluan mendesak, janganlah bagi fon
kat anak kau. KAU NAK MENYESAL BILA
BENDA DAH JADI TAK GUNA WEHHHH...



Patut kena tembak macam ni lg bagus, sukahati je nak rosakkan anak dara orang babi betull






Comments

Popular Posts