Assalamualaikum pembuka bicara

sekelumit catitan seorang insan ...

Latest Work




Guru Baharu Tak Patut Minta Tukar Sebelum Sah Jawatan



SERDANG – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menasihati guru baharu yang belum disahkan dalam jawatan agar tidak memohon bertukar sekolah untuk mengikut pasangan masing-masing.

Ini kerana katanya walaupun bersimpati dengan guru terbabit, keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka.
“Kadang-kadang guru ini baharu ditempatkan selama setahun tapi sudah berkahwin. Jadi, alasan dia (untuk bertukar) ialah sudah berkahwin dan ingin ditempatkan bersama suami atau isteri.
“Mereka perlu mempunyai ‘mindset’ selepas 3 tahun baru (boleh) bertukar. Mudah bagi kementerian jika semua (berfikiran) begitu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan kelapan, di sini.
Mahdzir berkata beliau banyak menerima permohonan sedemikian daripada guru-guru yang datang bertemunya secara peribadi sama ada di pejabatnya atau di majlis-majlis yang dihadirinya.
Selain itu katanya, kementerian juga tidak dapat memenuhi semua permohonan guru untuk bertukar dan bertugas di negeri asal.
“Contohnya Kelantan. Guru yang berasal dari Kelantan dan mengajar di luar negeri itu lebih ramai daripada bilangan guru yang berkhidmat di Kelantan sendiri.
“Jadi sukar untuk mendapatkan tempat melainkan ada guru yang bersara atau terdapat sekolah baharu yang dibangunkan,” jelasnya.
Konvokesyen kali ini menyaksikan 5,978 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dan Diploma Perguruan Malaysia.
Bagi kumpulan graduan kali ini, kira-kira 5,000 berjaya mendapat penempatan di seluruh negara, kata Mahdzir. – BERNAMA


Isu guru duka lara ni bagi aku dah lama berlarutan dari dulu lagi. Alasan yang selalu dipakai ialah nak ikut pasangan masing2.  Tapi ada sorang kawan tu, aku tak tau apa alasan dia, dah dapat dah tukar dari sarawak balik terengganu, negeri dia. Setahu aku dia tak kahwin lagi, tahun berkhidmat pun sama je, alih2 dah dapat tukar. Kadang2 aku nak tahu la jugak apa kaedah sebenar pilih yang dapat tukar ni. ni yang tak kahwin lagi pun dah dapat tukar, kata nak bagi yang dah lama kahwin untuk bertukar. Yang aku nampak dia dapat tukar ni sebab memang dia selalu post betapa dia tak suka dengan sesetengah pentadbir sekolah dia, tak dapat pergi semayang jumaat pasal jauh, dan banyak lagilah, alasan lain tu aku tak taulah.

Bagi aku kena adillah pada semua, jangan pilih2 saja, sebab bagi aku, tu alasan tak konkrit kot, kalau nak ditukar jugak tukar jelah dalam negeri sama daerah lain ke. Bagilah orang lama yang betul2 lama tak balik semenanjung balik dulu. Dia orang baru kot, sama baru macam aku 2015 ambilan. Kalau nak kira adillah kan.  Orang atas2 nuh, orang bahagian pertukaran tu, harap kena adillah ya, nanti dalam kubur akan soal tu, 


Guru Baharu Tak Patut Minta Tukar Sebelum Sah Jawatan-ULASAN AKU

Remaja Dakwa Dirogol Oleh 5 Lelaki Yang Dikenali Menerusi WeChat


KOTA KINABALU, 30 Jun: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dia dirogol oleh lima remaja lelaki dikenalinya menerusi aplikasi WeChat.
Menurut mangsa, dia mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh suspek yang berusia antara 13 hingga 18 tahun pada 14 Jun di sebuah rumah using di Manggatal.
Namun, remaja perempuan itu hanya membuat laporan polis pada Rabu lalu dan semua suspek ditangkap dalam tempoh kurang dari 24 jam.
Polis berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang pada 14 jun lalu selepas mangsa dibawa oleh lima remaja lelaki yang baru sahaja dikenali selama tiga minggu melalui aplikasi terbabit.
"Awalnya mangsa menemui lima suspek itu di sebuah taman di Manggatal sebelum dibawa ke sebuah bangunan usang." kata Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra sebagaimana lapor BH Online.
"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan berkenaan dengan berjalan. Dia mendakwa cuba melarikan diri namun dihalang suspek," kata beliau.
Chandra berkata lagi, mangsa diajak berbual sebelum dipaksa berbaring dilantai dan dirogol secara bergilir-gilir di bangunan tersebut.
Kesemua suspek ditahan bermula Jumaat lalu hingga 3 Ogos ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan.
Sumber: Berita Harian Online

Aku dah naik jelak dengan tajuk yang ni. 
Macam siaran ulangan pun ada aku rasa. 
Ini satu je contoh kes. Berlambak lagi kes 
yang tajuk dan kisah hampir sama terjadi. 

Kenal kat wechat.Jumpa. Kena rogol. 
1ST SEKALI AKU NAK SALAHKAN 
MAK BAPAK/PENJAGA DULU ( KALAU 
BUDAK2 TU  ADA MAK BAPAK LA).
Point aku, apa jadah bagi handphone 
kat anak2 kau?senang nak berhubung? OKAy...tapi 
sekali2  jenguklah apa yang ada 
dalam fon anak kau tu...dengan sapa
dia berhubung. Bila kau dah bagi
anak kau fon ni, kau dah buka pintu
untuk anak kau seluas-luasnya untuk
dia explore dunia luar. tu belum kau
bagi tablet, laptop, 

Aku cadanglah bagi fon yang takda 
internet je kat anak2 kau ni, aku dulu pun
taklah hadap fon2 yang canggih masa
kat sekolah, tu pon nokia 3310 je. 
Dan sebab aku tengok kes ni berulang
sebab wechat je kan, aku cadang mak 
bapak janganlah bagi anak2 tak kenal dunia
kau ni pakai wechat. sebab kau dah tahu 
mudaratnya kan? banyak masuk surat 
khabar dah. takkan kau nak tunggu anak
kau pun jadi tajuk berita jugak? beringatlah
sebelum jadi ya.  Janganlah percaya 
sangat anak2 kau ni, biarlah alim ke, 
tudung xpenah tinggal ke, tapi nafsu 
budak2 sekarang ni kita pun tak boleh 
nak agak. jadi, bagi aku, kalau xde 
keperluan mendesak, janganlah bagi fon
kat anak kau. KAU NAK MENYESAL BILA
BENDA DAH JADI TAK GUNA WEHHHH...



Patut kena tembak macam ni lg bagus, sukahati je nak rosakkan anak dara orang babi betull






Remaja Dirogol oleh Lelaki Dikenali Menerusi WeChat- PERKARA SAMA BERULANG LAGI: BAHAYA BERI HANDPHONE PADA ANAK ANDA!

Program Intelek Asuhan Rohani ( PINTAR) 2.0 Bahagian Bintulu 2016

Tukang ikut

Selongkar!



Supported by Doteasy.com -The Free Web Hosting Provider
Wordpress Theme by Graph Paper Press

Copyright 2010 by Work-a-holic Blogger Template.
Blogger Template by Blogspot Templates. The Blog Full of Games