Ulasan Filem Taken (2008)



Kawe mungkin agak ketinggalan kerana baru aje tonton filem ni di TV9 hari Rabu atau  Khamis lepas lebih kurang lah.

Mau taknye, filem tayang tahun 2008 baru tengok 2012, sampai sekuel filem ni Taken 2 pun dah mula menjengah panggung wayang pada tahun ni. Alah biasalah, kawe ni jenis tak gemar ke pawagan, sabar dan tekun menunggu vcd, dvd keluar baru tengok hik3...

Terus kepada ulasan yang tak berapa nak macam ulasan, bagi kawe filem ni memang smart. Momentum filem ni licin sahaja dari awal ke akhir, rasanya tak ada babak yang kosong ~~kosong~~ kosong~~~~ hahaha. Cuma momentum filem ni meningkat bermula dengan babak anak dara hero kita kena cilok. Mana taknya, ayat yang boleh kira macam stail dan mengancam diungkap hero kita bila dia sempat bercakap dengan penculik.

" I don't know who you are. I don't know what you want. If you looking for ransom,  I can tell you I don't have a money. But what I do have
are a very particular set of skills. Skills I've acquired
over a very long career. Skills that make me a nightmare
for people like you. If you let my daughter go now,
that'll be the end of it. I will not look for you.
I will not pursue you. But if you don't, I will look for you. I will find you......and I will kill you."


"kawe dok kenal demo,tapi kawe ake cari demo ,kawe jupo demo,  kawe bunoh demo  pah mapuh!!!"



Memang epik lah ayat ni. Silap besar penculik tu jawab balik. "Goodluck." , pasal dengan sepotong kalimah tulah hero kita boleh cam si penculik tu, hahaha...

Tapi babak ini juga kawe rase tak logik, ni nak kritik ni. Bukan ker bapak tiri anak dara hero sekarang ni  orang kaya-raya, jutawan,  hartawan, dan sawan?? Boleh jer hero mintak tolong dia kalau penculik tu boleh terima wang tebusan . Ini tidak, dijawabnya dengan konfiden  macam ayat kat atas. Aduyai.....
Tapi mungkin sebab nak jadi cerita tulah hero kita ni tak fikir panjang, fikir pakai kepala lutut dia, rasa dia ni tahap James Bond,(tapi hero ni memang otai pun).

Aksi filem ni  boleh tahan. Cuma kawe rasa macam sinematografi kureng sikitlah. Hihihi...tapi orait gaklah, aksi tikam, tembak, tumbuk , terajang  memang nampak real (tak macam Jiwa Taik  ,hihihi, eh Jiwa Taiko!)

Apapon,filem ni memang layanlah...(bagi kawelah). Walaupun ada sikit sebanyak unsur 18sx, tapi babak ni tidaklah sengaja diada-adakan tetapi lebih kepada nak tunjuk keburukan contohnya babak pelacur bukan aja dilayan macam binatang, malah diberi dadah supaya tak boleh lari, yang mana memberi mesej betapa buruk  gejala ni. Lagipun nak buat macam mana, orang Barat memang doh perangai suka selit benda -benda macam ni. Alah filem Malaysia pun kadang-kadang ada,  jenis tok reti base tok reti dose pahale.


  Sedikit pesanan kepada pembikin filem, ingat apa yang kita paparkan dalam filem kita itulah yang mungkin boleh mengundang murka Allah SWT seperti penayangan aurat  laki dan pompuan. Hangpa nak jawab  balik sebab hangpa orang seni hangpa ada lesen kreatif nak wat lagu tu   bila disoal  di dunia yang satu lagi lepaih hangpa mati??  Berubah dan bertaubatlah. Tengok jauh sikit dunia perfileman Iran. Diiktiraf di peringkat antarabangsa  dan dalam masa sama menjaga dengan ketat soal pembikinan filem supaya selari dengan syariat Islam  (Sepanjang filem Iran yang pernah kawe tengoklah, macam Children of Heaven. Kalau ada jugak filem kat sana yang terbabas kawe tak tau lah, macamlah kawe dah tengok semua cerita kat Iran hahaha).   



Berbalik kepada filem Taken tadi, sikit sebanyak filem ni memberi info dan peringatan supaya berhati-hati dan berwaspada bila melancong atau merantau ke negara orang. Jangan senang percaya orang baru kenal, macam Amanda (watak  dalam filem ni) yang  senang-senang cerita  abis  biodata diri kat mamat hensem yang rupa-rupanya musang berbulu ayam. 

Filem ni jugak ceritakan tentang keburukan gejala rasuah yang mana disebabkan pihak berkuasa terima rasuah,  sindiket pelacuran berleluasa  kat tempat tu.

 Filem ni berakhir dengan kesudahan yang gembira.  Maksudnya hero dapat jumpa baliklah anak dara  dia. Kiranya kalau kat India penonton tak merusuh bakar pawaganlah sebab hero tak mati, hihihi...adios.

p/s: Ada satu lagi siri mini  (bukan filem)  bertajuk Taken, pasal alien culik orang, rasenye?








































Comments

Popular Posts