Ulasan Filem SAM (SAYA AMAT MENCINTAIMU)


Filem SAM ni bagi kawe okay la, bagi tahap filem Malaysia. Filem genre macam ni jarang ada di Malaysia, seingat kawe filem genre ni yang berbekas di hati kawe macam filem  Trauma arahan Aziz M.Osman (filem ni dah lama dah).

Kawe nak mengulas filem ni sambil bagi spoiler teruh, pasal kawe rase takpe doh kot , filem ni pon dah lama tayang. Izinkan saya….

Filem ni pada separuh masa pertama bagi kawe agak sweet + gedik kot. Kira Lisa (awek Sam dalam filem ni, bini Yusry kat luar wooo) dan Sam (guna name sendiri dalam filem)  macam belangkas, pantang jumpa berkepit sokmo. Ngalahkan laki bini. Tahap couple sampai orang keliling nyampah kot ha2. Tapi kawe tak setuju lah dengan mamat 2 ekor yang isap rokok kat tandas tu , dalam tandas pon boleh buat ketupat.

Dah rezeki Sam dapat awek cun, rezeki masing2 la… Tapi Sam pon salah gak, lebih2 sangat. Tapi niat dia baik nak buat bini, bagus laa… (But still couple is HARAM OKAY, FULLSTOP!).

Separuh masa kedua filem ni mula berubah momuntemnya. Dari scene loving –loving tahap uwek, filem ni tukar jadi filem 18SG ( tapi takde la ganas sangat sampai darah keluar membuak-buak). Gasak-menggasak, tumbuk-menumbuk, tending-menendang, katok-mengatok. Tapi kawe heran gak pasal ape dah teruk macam tu, muka Sam still nampak suci je…xde nampak bengkak-bengkak, lebam-lebam. Kira macam tak logik la…

 Tapi bila misteri mula terungkai, barulah kawe faham. Sebab Sam cuma berlawan dengan diri dia. Takat hempas badan kat dinding sorang2 takde la nampak sangat kelebamannya ( tapi kalu Sam buka baju maybe nampak la kot, ni dia pakai baju lengan panjang, dok napok ngat la).

Kawe detect sikit persamaan cerita ni dengan 8JAM bilamana watak heroin mati di tangan watak utama semasa filem hampir nak habis. Sedih kot awek mati di tangan kita, dalam keadaan kita sedar tak sedar sebab kita sakit otak. Pilu la jugak rasa hati, ish, ish, ish…


Napok hantu ke tu?

Tuntasnya, filem ni layan lah gak. Pengajaran yang mungkin kita boleh ambik, janganlah galok sangat nak berkapel. Kalu lelaki dan perempuan jaga adab-adab, batas-batas yang ditetapkan dalam agama Islam, kejadian macam dalam filem ni boleh dielakkan. Kalu kita dekatkan diri dengan Allah SWT, insya-Allah kita takde la tergamok nok usung anok dara orang ke hulur ke hilir macam Sam, manja2 tahap anak kucing dengan bukan muhrim macam Lisa, dan jadi stalker tahap desperate macam Haikal. 

p/s: Sian Haikal, you mess with wrong person la ha2…kang dah kojol.

p/s lagi: filem luar yg kawe igt pasal sakit mental cam sam ialah filem hide and seek, best gak filem ni.

p/s lagi sekali : kawe menunggu filem Hanyut, bajet termahal di Malaysia setakat ni katanye ye ke?

Comments

Popular Posts