Minat cerita perang 1

Sebelum berganjak lebih jauh...kawe nak perjelaskan lagi tajuk entri kawe di atas.

Minat cerita perang.  Cerita. Maksudnya cerita. Perkara fiksyen ,tapi selalunya berlatarbelakangkan kisah dan peristiwa sebenar yang pernah berlaku. Contoh mudah ialah cerita yang mengambil latar peristiwa WW2 (Perang Dunia 2), perang Korea dan banyak lagi lah.
Jadi minat cerita sahajalah. Perang sebenar tak minat. Ngeri wuuu....putus sana, putus sini, terburai sana, terburai sini...

Awal-awal dulu minat lebih kepada rasa teruja bila tengok aksi perang. Tembak sana, tembak sini. Letup sana , letup sini. Paling syok semasa hero tembak pakai senjata berat macam machine gun, bazooka. Macam cerita Rambo lah. Dapat je machine gun, truttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!   Habis semua dia balun! Dia kena tembak pun sikit je luka...musuh puluh-puluh orang pun tak leh celen dia..fuyoo...(nampak benor nipunye hahaha)

Tapi bila dah makin dewasa ni...kawe tak tengok filem perang sekadar nak tengok aksi sahaja. Kawe tengok ada filem-filem perang yang tidak mengangkat tema perang sebagai nadi jalan cerita. Contohnya filem My Way dan 71 Into The Fire, dua-dua filem korea.
My Way kawe tengok perang hanya sebagai latar sahaja. Penekanan cerita ni lebih kepada bagaimana kesan perang dan tekad untuk meneruskan hidup dua orang watak utama. Sebab tu kadang-kadang dua orang ni sekejap jadi askar Jepun, sekejap jadi askar Rusia dan akhir sekali jadi askar Jerman.

filem My Way~~~~~~~


71 Into The Fire pula mengangkat kisah benar 71 orang pelajar Korea Selatan yang diserap menjadi askar pelajar semasa perang korea dulu. Kiranya filem ni nak bagi tribute lah kepada mereka. Pada masa yang sama , kita boleh ambil pengajaran bahawa perang akan menyusahkan dan melibatkan semua orang. Sampai pelajar pun dikerah jadi askar. Tapi kita pun boleh ambil iktibar bahawa semasa perang, kita perlu bersedia berbakti mempertahankan negara kalau angkatan tentera kita kesuntukan anggota. Sebab ada hadis ke, ayat al-Qur'an ke, fatwa ke (maaf tak pasti,boleh tanya ustaz Azhar kot) yang menyatakan apabila ada musuh menceroboh, semua muslim wajib mempertahankan negara, dan keluarga kita khususnya.






Baiklah sampai sini saje untuk kali ini. Rasa nak sambung lagi topik ni (kalau rajin lah hahaha)


Assalamualaikum...






Comments

Popular Posts