Fotografi -> Gambar-> Perasaan






Sejak semester 1 PISMP, hidup kawe sedikit berubah (sedikit je). Bila mana kakak kawe sudah tidak begitu menggunakan kamera Olympus warna merah jambunya ( sebab sudah ada kamera baru), kawe meminta izinnya untuk meminjam kamera ini yang mana sehingga kini kawe masih gunakan.



Kawe    menggunakan kamera ini pada awalnya  hanya bertujuan untuk mengabdikan memori dan momen yang kawe lalui di sini, di IPGKSM.  Lama-kelamaan kawe semacam diberi tugas sebagai tukang tangkap gambar  tak rasmi kelas kawe(atau hanya kawe berperasaan begitu?tak mengapalah).Tapi kawe tidak begitu mengendahkan sebenarnya keadaan itu. Kawe masih dengan niat kawe . Sekadar  ingin menggunakannya  untuk  tujuan peribadi dan perkongsian dengan kawan-kawan.

Tapi lama-kelamaan, kawe sedar.
Hanya kawe sahaja yang terbuka dan  fleksibel untuk berkongsi momen-momen bersama sep-sep kelas Bahasa Melayu.  Sep laki bereh, perkongsian hasil  foto  berlaku dengan baik dan saksama. Cuma dengan sep puwang sahaja kureng. Semacam tidak sudi dan kurang terbuka untuk berkongsi hasil kreativiti mereka. Bukanlah hendak ingin menatap wajah-wajah mereka sangat, cuma kalau ada terselit wajah-wajah sep laki (termasuk kawe) dalam foto mereka apalah salah kiranya mereka berkongsi bersama rakan sekelas.
Tapi jikalau mentaliti mereka macam itu kawe tidak boleh buat apa.

Kawe juga kadang-kadang terasa hati dengan segelintir  rakan-rakan baik lelaki mahupun perempuan yang tidak sudi mengambil kamera kawe untuk menangkap gambar kawe pula.  Kadang-kadang asyik menangkap gambar orang lain, hati kecil  teringin juga diambil gambar. Tapi itu, mentaliti  segelintir rakan kawe. Gambar mereka nak difotografikan tapi    bila diminta tolong  jawabnya, "Malaslah, malaslah..." Terasa hati juga kadang-kadang. 

Oleh kerana itu kawe  lebih gemar merakam video sambil membuat ulasan. Sekurang-kurang itu menunjukkan kawe ada di situ, ada ketika  itu dan ada semasa itu.

Selain itu, yang membuatkan kawe terasa hati ialah  sikap segelintir mereka yang seperti tidak menghargai  pemberian orang lain.   Semasa hendakkan folder gambar, beria-ia memintanya. Tapi bila sudah ada, sudah puas barangkali, dipadam ( di'delete) pula. Itu bagi kawe memang seperti tidak ada rasa toleransi dan kerjasama. 
Bukan apa, sekurang-kurangnya, jikalau rakan lain juga  menyimpan gambar sep kita, kalau komputer riba atau  external hardisk kawe rocak, ada juga back upnya. Ini tidak, tidak ada perasaan  kesatuan dan kepelbagaian dalam  diri segelintir sep  kiter. Apa nak buat...

Kawe sebenarnya tidak ingin bercakap  banyak,  tapi kadang-kala apa yang terbuku di hati wajib dan patut diluahkan supaya tidak menyebabkan kawe murung dan berkecil hati. Ingatlah, bukan hubungan dengan Allah SWT sahaja yang perlu kita jaga, sesama manusia  juga perlu kita jaga seperti mana konsep Habluminallah dan Habluminannas .  




Kawe akui kawe juga mempunyai silap dan salah, tapi sama-samalah kita perbetulkan dari semasa ke semasa...






Promote sikit cerita Godzilla







Comments

Popular Posts