Abah telah tiada

 



1 Disember 2021

Pagi tu, semasa menyemak hasil kerja pentaksiran murid , seseorang tiba-tiba menelefon ku di telefon bimbitku. Nombor tiada nama. Aku terus mengangkat.

Dia tak perkenalkan diri, cuma menanyakan adakah aku pemilik motosikal Wave atas nombor plat sekian sekian. Mulanya aku ingat ada orang nak hantar barang pos dan letak Di motosikal, tapi nombor plat nya lain, warna motosikal pun lain, yang Di sini warna Oren, yang ditanya warna merah.

Tapi bila disebut ada kemalangan motosikal dengan kereta di kawasan Machang, aku mula tak sedap hati. Baru teringat motosikal  atas nama aku di kampung. Terus aku cakapkan, abah aku yang mungkin menunggang motosikal itu kepada yang menelefon. Aku putuskan talian untuk hubungi Ma di kampung. Tak berjawab.


Aku hubungi beberapa orang hinggalah aku dapat hubungi kakak yang bekerja di Labok. Terus aku luahkan kebimbangan aku. Cemas tak terkata aku ketika itu. Aku call semula orang yang kemungkinan polis tadi bertanyakan keberadaan abah aku sekarang dan keadaannya.

Memang dia polis dan ayahku dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Machang. Aku call semula kakak untuk beritahu tempat tujuannya.

Ma ku telefonku semula. Aku tanyakan abah keluar beli lauk naik motosikal ke? Dan ya, lantas aku beritahu pula Ma apa terjadi pada abah. Terkejut dia ,lain terus suara dia. Aku beritahu aku akan pulang sepantas mungkin.

Selepas cerita lebih kurang dengan pentadbir, aku berkemas sedikit dan terus memandu laju dari Kuala Jengal untuk ke hospital.  Dalam kereta aku berdoa dan berharap abah hanya cedera ringan sahaja. Sepanjang perjalanan, sesekali aku call kakak, dia menjawab tapi tak bercakap. Dengar suara dia dengan doctor berbincang ,tapi tak jelas. Memandu lagi, terus lagi berharap tiada yang buruk-buruk terjadi. 

Kakak ku telefon semula, parah juga keadaan abah. Abah perlu distabilkan sebelum ke USM. Darah di kepalanya susah untuk dihentikan. Perlu diberi ubat yang kuat tapi dikhuatiri jantungnya berhenti, sementelah abah juga ada penyakit lain seperti darah tinggi. Aku terdiam dan terus meneruskan pemanduan. Masih berharap ada harapan.

Aku sampai pukul 2 lebih. Nak parkir pun serba tak kena. Parkir jauh kerana penuh. Aku berjalan dalam terik panas ke Wad Kecemasan. Aku nampak kelibat pak cik dan mak cik serta abang ipar. Abang Hafiz menyambut aku,menenangkan aku dan berharap aku bersabar. Aku dapat meneka yang ditakuti sudah berlaku. Kami masuk ke tempat menunggu Dan lihat saudara mara , Ma, Long dan kakakku sedang sedang menangis. Long dan Kah memeluk Ma, menangis bersama . Aku merapati mereka dan menangis bersama. Abah sudah tiada. Kecedaraan kepalanya terlalu parah.Darahnya banyak hilang, lebih-lebih lagi darahnya sedikit sukar. O Negatif. Hanya hospital pakar yang ada bekalan. Mayat abah masih belum dapat aku lihat. Aku terus menangis dan menunggu.

*******

Aku dan Long ke IPD Machang untuk membuat laporan polis untuk urusan menuntut arwah bagi urusan pengebumian.

Aku dapat tahu si pelanggar abah ku sudah buat laporannya. Dikatakan dia u turn hingga melanggar abah aku. Entah apa punya manusia. Dia sudah entah di mana,berlepas tangan begitu sahaja. CCS 67** , urusan kamu belum selesai.




*******

Dalam  pukul 5 lebih, aku Dan Long ke tempat abah ditempatkan. Kami ingin menguruskan urusan mandi arwah dengan diketuai seorang imam masjid. Kami masuk dan lihat abah terkujur kaku, ditutupi kain. Ya Allah, sedih dan luluh hati aku. Nampak mukanya lebam dan bengkak-bengkak. Tapi wajahnya masih dapat aku kenali. Kami menunggu kedatangan imam beberapa ketika. Apabila imam datang, kami ikut sama dalam urusan memandikan arwah. Aku dan Long sama-sama membersihkan badan ayah kami.  Abah juga selesai dikafankan di situ. Aku berterima kasih banyak kepada imam.

Selesai semuanya, aku ikut naik dalam van hospital yang digunakan untuk menghantar arwah ke rumah di kampung. Aku menunjuk arah jalan ke rumah.

Sampai di rumah, ramai yang menunggu. Jenazah diletakkan di tilam di ruang tamu rumah. Kami membacakan Yassin  di samping jenazah.

********

Selepas Isyak, ramai yang datang untuk solat jenazah. Abang Ngah baru sampai sesudah solat jenazah. Maklumlah, dia datang jauh dari Melaka mahu ke Kelantan. 

Kami tiga beradik lelaki dan saudara mara mengusung jenazah ke tanah kuburan. Kilat sesekali berkelipan sejak tadi cuma syukur sepanjang mengusung jenazah tidak hujan. Kami bergilir-gilir mengusung abah dalam kegelapan malam .

Long,Ngah dan aku masuk ke dalam liang lahad menyambut arwah abah . Orang  kampung Di atas memberikan panduan dan arahan memastikan posisi jenazah sempurna.

Kemudian sama-sama kami mengebumikan abah.Memasukkan tanah ke liang lahad. Ngah yang tidak sempat solat jenazah di rumah tadi, menyempurnakan hajatnya di tepi kubur. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Abah tetap dalam ingatan kami sekeluarga.

Al-Fatihah buat Abah.








Comments

Popular Posts