Ulasan / Review bodo2 Avenger Infinity War (2018) - Amaran Spoiler

Akhirnya saat ditunggu-tunggu fans  MCU dah kunjung tiba. Thanos sudah mari dan mengganas di sana sini dengan kuncu -kuncu Black Order ( bukan penyanyi Black buat order ya).

1st nak cakap, wauuu...woowww...fuhhhh...
Memang epik, grand filem ni. Aku suka aksi filem ni, lagi-lagi fight di Titan. Aku rasa itu fight yang paling dasat dalam filem ni. Fight yang lain pun best tapi aku suka yang kat sini. Lebih-lebih lagi yang final stand off Ironman lawan Thanos. Ironman keluarkan semua gajet dia masa nak serang Thanos dan dapat titiskan darah Thanos.  Suit Ironman aku rasa memang power habislah cuma aku tak dapat hadam dari mana datang suit dan bekalan senjata api dia hahaha...Cuma walaupun power tapi hampir nak mati jugaklah Ironman, Thanos kasi tikam sama dia maaa...

tu dia...bergasaklah korang sama-sama kepala bulat





Star filem ni tak dinafikan Thanos , bagi geng jahatlah. Dia ada  tujuan dia sebab nak selamatkan dunia supaya tak musnah sebab overpopulation, cuma tujuan dia tak menghalalkan caralah. Padan lah nama pun Mad Titan. Cuma aku takleh hadam ni kenapa dia tak pakai suit armor dia. 1 st act je dia pakai lepas tu tanggal habis sampai nampak kepala botak dia haha...spoil lah..
Nak cakap sebab dia nak lagi fleksibel bergerak tak jugak, masa lawan Hulk rilek je dush dush dush sampai lunyai Hulk.
Botak bukan sebarang botak....



Lawak dalam filem ni pun boleh tahan, biarlah ancaman level tinggi pun tapi sempat lagi bergurau...Squidward tulah dipanggil Ironman kat sorang konco Thanos tu. Ironman dengan Starlord dan Dr Strange memang takleh ngam cuma lepas tu ok lah...masing-masing besar kepala haha






Thor pun dasat dalam filem ni. Lepas kena belasah dengan Thanos, dia bangkit dengan senjata baru Stormbreaker. Dia dengan Groot dan Rocket ada quest sendiri nak buat senjata ni, tapi powerlah jugak senjata ni Thanos cedera teruk jugak tapi masih tak dapat kalahkan dia.





Apa aku kurang suka dengan filem ni? Hulk unused kotttt....awal2 je keluar lepas tu trauma nak muncul sebab kena hentam dengan Thanos. Tapi dalam  trailer tunjuk macam ada kat wakanda, hampeh betul disney kencing 


Mana ada Hulk kat sini weiii.... ( tapi kalu ada kat Avenger 4 nanti sukurr lah)


Lepas tu Dr sTRANGE tak guna dia punya time stone masa nak lawan Thanos. Cuma guna untuk jadi tuk nujum tgk future haha...

Scene lawan di wakanda pun ok lah, cuma macam tak berapa kreatif hentam sana hentam sini je.

Apa2 pun, filem ni memang layan...aku tak tengok jam pun masa layan filem ni, maknanya best lah tu rasa macam taknak habis.

Lambatlah nak tunggu Avenger 4 tahun depan wehhhh..

8/10 *************

ada plothole aku kutip dari internet la,

1.adakah Dr strange tak nampak in future starlord kacau plan nak cabut gauntlet thanos,kan dah nmpk juta2 situasi 2. kenapa Bruce boleh igt Pulak peristiwa semasa jadi hulk sdangkan sblum Ni DLM thor ragnarok dia tak igt 3.kenapa Dr strange tak guna trick mcm lawan dormamu dulu , atau at least guna time stone tu masa lawan thanos. 4.knapa heimdall pilih hulk utk hantar ke bumi, bukan Thor? Antara thor dgn hulk kan heimdall lbih knal thor 5. ada satu ilustrasi aku jumpa yg tunjukkan cara nak putuskan tangan thanos, sama macam wong ( buddy dr strange) putuskan tangan orang thanos masa lawan kat bandar. 6. dan yg captain marvel tu . timbulkan persoalan kenapa nick fury tak pnh ( atau tak ditunjukkan lagi scene tu) hantar mesej kat captain marvel masa konflik2 besar seblum ni, yg ni baru nak hantar, aku rasa sebab marvel baru terfikir plan nak buat filem dia je, tu je sebabnya

Comments

Popular Posts