Guru Baharu Tak Patut Minta Tukar Sebelum Sah Jawatan-ULASAN AKU
Guru Baharu Tak Patut Minta Tukar Sebelum Sah Jawatan
SERDANG – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menasihati guru baharu yang belum disahkan dalam jawatan agar tidak memohon bertukar sekolah untuk mengikut pasangan masing-masing.
Ini kerana katanya walaupun bersimpati dengan guru terbabit, keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka.
“Kadang-kadang guru ini baharu ditempatkan selama setahun tapi sudah berkahwin. Jadi, alasan dia (untuk bertukar) ialah sudah berkahwin dan ingin ditempatkan bersama suami atau isteri.
“Mereka perlu mempunyai ‘mindset’ selepas 3 tahun baru (boleh) bertukar. Mudah bagi kementerian jika semua (berfikiran) begitu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan kelapan, di sini.
Mahdzir berkata beliau banyak menerima permohonan sedemikian daripada guru-guru yang datang bertemunya secara peribadi sama ada di pejabatnya atau di majlis-majlis yang dihadirinya.
Selain itu katanya, kementerian juga tidak dapat memenuhi semua permohonan guru untuk bertukar dan bertugas di negeri asal.
“Contohnya Kelantan. Guru yang berasal dari Kelantan dan mengajar di luar negeri itu lebih ramai daripada bilangan guru yang berkhidmat di Kelantan sendiri.
“Jadi sukar untuk mendapatkan tempat melainkan ada guru yang bersara atau terdapat sekolah baharu yang dibangunkan,” jelasnya.
Konvokesyen kali ini menyaksikan 5,978 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dan Diploma Perguruan Malaysia.
Bagi kumpulan graduan kali ini, kira-kira 5,000 berjaya mendapat penempatan di seluruh negara, kata Mahdzir. – BERNAMA
Isu guru duka lara ni bagi aku dah lama berlarutan dari dulu lagi. Alasan yang selalu dipakai ialah nak ikut pasangan masing2. Tapi ada sorang kawan tu, aku tak tau apa alasan dia, dah dapat dah tukar dari sarawak balik terengganu, negeri dia. Setahu aku dia tak kahwin lagi, tahun berkhidmat pun sama je, alih2 dah dapat tukar. Kadang2 aku nak tahu la jugak apa kaedah sebenar pilih yang dapat tukar ni. ni yang tak kahwin lagi pun dah dapat tukar, kata nak bagi yang dah lama kahwin untuk bertukar. Yang aku nampak dia dapat tukar ni sebab memang dia selalu post betapa dia tak suka dengan sesetengah pentadbir sekolah dia, tak dapat pergi semayang jumaat pasal jauh, dan banyak lagilah, alasan lain tu aku tak taulah.
Bagi aku kena adillah pada semua, jangan pilih2 saja, sebab bagi aku, tu alasan tak konkrit kot, kalau nak ditukar jugak tukar jelah dalam negeri sama daerah lain ke. Bagilah orang lama yang betul2 lama tak balik semenanjung balik dulu. Dia orang baru kot, sama baru macam aku 2015 ambilan. Kalau nak kira adillah kan. Orang atas2 nuh, orang bahagian pertukaran tu, harap kena adillah ya, nanti dalam kubur akan soal tu,
Comments