Sajak : Hadiah dari China

Hadiah dari China


Comel sungguh

Gebu sungguh
Montel sungguh
Mahu kupeluk rapat-rapat ia
Mahu kumanja-manja dengan ia
Mahu ku ber ‘selfie’ dengan ia
Jadi tatapan rakyat semua
Yang buta hati ramainya.


Selesa nyaman ia

Tinggal di mahligai jutaan ringgit itu
Jutaan ringgit perahan rakyat
Di saat ketika

Pribumi pertiwi masih bergelut
Bersengkang mata subuh ke isyak

Isyak ke subuh
Berpatah tubuh empat kerat mereka
Dari lahir ke tanah bertuah ini
Hingga

Ke hela nafas terakhir.


Bilalah mungkin akan lahir

Pemimpin yang sama hati dan jiwa
Menyelami nadi dan nafas
Rakyat pengais rezeki
Pagi makan pagi
Petang makan petang.


Comments

Popular Posts