Perpisahan ini
Dalam hidup ini, setiap manusia pasti ada fasa-fasa yang perlu ditempuhi. Bagi manusia yang terpilih melalui fasa hidup yang normal atau biasa, pasti akan ada fasa hidup menjalani pengajian di peringkat pengajian tinggi akan ditempuhi, iaitu selepas fasa sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kawe sudah selesai dengan fasa kehidupan kawe di IPGKSM. Setiap kenangan, suka duka pahit manis jerih perih sepanjang keberadaan kawe di ipg kawe itu takkan mudah kawe lupakan. Kawe pernah kemalangan motosikal, pernah terpeleot kaki masa main bola tampar, pernah pitam masa main badminton (lama tak turun punya pasal) dan macam-macam lagilah. Yang tu yang pahit.
Yang manis pun banyak. Tapi bagi kawe, yang manisnya banyak apabila kawe dengan sep-sep BM. Dengan sep-sep BM, kawe leh maksimakan kegemaran kawe menangkap gambar, merakam video, hihihi...terima kasihlah sebab sudi ditangkap gambar awok-awok sekalian. Tanpa awok-awok, siapa lagi kawe nak tangkap gambar masa kat ipg? takkan nak selfie sorang-sorang je kot hihihi...
Dengan yang lain-lain pon ada yang manisnya. Biasalah tu. Dengan pensyarah-pensyarah pon kawe tak lupa, rasa macam masih tak cukup ilmu yang dicurahkan kepada kawe ecee... Kawe akan sentiasa merindukan kawan-kawan kawe, pensyarah-pensyarah dan suasana hidup di sana.

Hobi dan kecenderungan kawe dengan tangkap-tangkap gambar, rakam-rakam video detik-detik kawe dengan kawan-kawan sedikit-sebanyak dapat kawe simpan sebagai bekal dan bukti jalinan ukhuwah yang pernah terbina antara kawe dan rakan sekelas khususnya.
Moga perpisahan ini bukanlah perpisahan selama-lamanya antara kita. Doa kawe, ada umur, ada masa, kami dapat berkumpul semula. Mungkin di masa itu, masing-masing sudah berkeluarga, berderet dengan anak-anak hahaha...
Doa kawe, semuanya selamat dan bahagia dengan keluarga masing-masing, terus berjaya dalam kerjaya sebagai seorang pendidik, dan seorang bapa dan ibu, seorang suami dan isteri, dan macam-macam lagilah.
Harapan kawe, kawan-kawan tak lupakan kawe, walaupun kawe tidaklah kamceng dengan sep-sep demo, kurang-kurang, masa buat kenduri tu jemput-jemputlah iyek, hihihi, lau tak sempat atau tak mampu sampai, mohon maaflah iyek,hihihi. Giliran kawe lambat lagi kot, ikot senarai nama kelas pon nama kawe gusuk sekali, hihihi
Akhir kata, dengarlah lagu kat youtube ni, leh tahanlah, Salam~~~
Comments
btw done follow u, follow mine too :) - Noob