Pacific Rim: Ulasan Filem yang tak macam berapa nak ulas

Hari ni kawe baru tengok pacific rim. Tengok kat kat komputer je, hihihi...ts rip pulak tu...faham2 jela kualiti video filem ni ha2....tapi masih okeh la...takde la teruk sangat.

Cite ni pasal robot lawan raksasa /kaiju.

Pak cik guilermo del toro yang buat.

Kawe ulas ni kalau ada spoiler ke gasak pi la...

Cite ni boleh tahan bestnya. Awal-awal mula filem pun dah mula tunjuk babak jaegar( nama robot-robot yang vs kaiju) lawan kaiju. 

Kawe ulas mudah2 je lah senang. Mula-mula pasal yang kawe suka. Cgi filem ni memang boleh tahan gempaknya lah. del toro ni kalau pasal efek2 dan reka bentuk set filem memang gila2 dan terperinci habis. Rekaan robot dia pun memang ohsem... 

Babak pertarungan kat hong kong tu memang best. tapi kesian pun  ada pasal sampai dua krew pemandu jaegar terkorban kat babak ni, sian....





Ok lah, yang ni pulak yang tak best.

Banyak sebenarnya, pertama sekali ialah poster filem ni. Hampir keseluruhan poster filem ni ialah gambar jaegar dan ada beberapa kaiju. Tu kawe leh terima. Tapi kawe musykil gak nape kualiti hampir semua poster filem ni macam lukisan photoshop je. Dahtu tak nampak berapa real touch up lukisan ni.

Seterusnya pasal jaegar. Kawe tengok kat poster memang banyaklah jaegarnya, tapi yang kawe dapat tengok beraksi lawan kaiju hanya beberapa je. Dah tu yang ada lawan tu sekejap je rasenya, pastu kalah dengan kaiju, macam jaegar dari rusia dengan jaegar dari hong kong tu. Memanglah susah nak cgi jaegar banyak2, tapi kenapa lah macam banyak tunjuk kat poster macam banyak je jaegar yang akan beraksi dalam filem, padahal hanya 4 je utama. 

Babak pertarungan pulak kebanyakannya masa malam, dan kalau pagi pun kat tempat gelap, macam pertarungan akhir dalam laut dalam tu. Kurang syok sikit la.


Dan lagi ialah plot cite ni masa kaiju nak serang hong kong. Kenapalah kaiju tu nak pi serang tempat yang ada jaegar? kenapa yek? kalau diorang, eh silap, diakaiju digambarkan bijak dan berevolusi, kenapa mesti nak buat kemusnahan kat hong kong, yang jadi ibu pejabat jaegar? sah2 dapat tentangan jaegar dan sah2 cari penyakit.

Tapi mungkin sebab kaiju ni bukanlah bijak macam yang manusia dalam filem ni cakap, ntahlah.

Satu lagi, babak gaduh yang kawe suka hanyalah kat hong kong tu aje. klimaksnya kawe rasa kat situ je. babak lawan akhir tu tak berapa mencabar rasanya , ntahlah.

Satu lagi, kawe detect design kaiju ni macam raksasa tumbuhan yang penah muncul dalam filem h*llboy 2 golden army. mungkin sbb del toro pun arah cite tu.

satu lagi, satu lagi. design memang mesti pemandunya duduk kat bahagian kepala ek? kawe rase bahagian kepala tu macam terdedah kepada bahaya je, xleh letak bahagian lain ke? kat perut ke, ape ke, hmmm

ntahla. kawe x berapa puaslah dengan cite ni. 

dari 5 bintang, kawe bagi 3 bintang.











Comments

Popular Posts