Kawe dan dia yang dekat tapi jauh






Apa kena-mengena quote di atas dengan kawe?
Hihihi...tak ada apa pun...sikit aje...
Ada seorang hamba Allah tu. Yang menjadi suri di hati namun kawe sedar dia sudah menjadi suri di hati jejaka yang lain dan jejaka bertuah itu juga menjadi suri di hati hamba Allah itu.

Jadi apa pointnya di sini?

Kawe ni penyibuk sahaja...ermmm.....not my luck i guess...


Sememangnya ajal, jodoh dan banyak lagi perkara ialah ketentuan Allah SWT. Namun tidak salah untuk mempunyai perasaan sayang terhadap seseorang yang sudah berkenan di hati kita,selagi mana tidak melalaikan halatuju hidup kita. En Ali yang mengajar kawe subjek pentaksiran BM pernah menanyakan perihal "dah ada ke (ada yang berkenan di hati lah) ?"


Kawe jawab tak ada (memang tak ada pun). Lagi dijawab kawe belum rasa nak ada sebab kalau ada pun , kawe tak mampu nak jaga dia, keje pun belum.


En Ali jawab balik,"Sekaranglah masa mencari. Bila dah berjumpa dah berkenan yang itu, cuba pula kenal hati budi, perangai dia. Lepas tu kenal-kenallah pula dengan ibu bapanya."(Seingat kawe lah).


Oh macam tu ke? Nasihat En Ali ni kawe gunapakai lah sikit2, kawe dah cari, kawe dah kenal perangai dan hati budi dia, pergi jumpa mak aboh dia je belum hi2...


Tapi berbalik kepada petikan di atassss sekali.


"Ada seorang hamba Allah tu. Yang menjadi suri di hati namun kawe sedar dia sudah menjadi suri di hati jejaka yang lain dan jejaka bertuah itu juga menjadi suri di hati hamba Allah itu."


Mulut yang menyebut dan tangan yang menulis tak semestinya sama dengan hati dan perasaan yang terselindung dan Allah SWT sahaja yang tahu dan mengerti. Kawe dapat agak dia sememangnya sudah ada yang berkenan di hati dan yang berkenan di hati dia pun berkenan dengan dia( kawe agaklah).


But still, i hope i still have a chance.....


p/s: dia memang comel hi3...;)








Comments

Anonymous said…
siapakah itu? cari jangan x cari....
kita hanya merancang namun Allah yang tentukan..
cari tu mmg dh cari. dah jumpa.

tapi si dia tak sudi. mngkin dia mmg terlalu mahal utk dimiliki any way, who is that?

Popular Posts