Berasa dan terasa hati

Rumahku nunnnnn jauh di sana (dekat2 felda New Zealand, jauh la tu luar negara tu ha2) menanti. Kawe harap kawe, kapiz araipama (sekali 1 bas) selamatlah tiba ke desinasi. Tidak lupa juga penumpang-penumpang bas Transnasional yang  lain serta pemandunya hihihi...


Vroommmm ( ada persamaan dengan gambo kek sini)

Berbalik kepada tajuk kat atas sekali tuh, tidak dapat tidak, kawe sesekali ingin mencurahkan perasaan yang terbuku di hati. Mungkin ada yang kata,"Poyolah mamat ni dalam blog pom tulis camni" ,tapi apa kawe kisah. Kawe tak anggap itu sebagai batu penghalang kepada kawe. Sebab kawe rasa penulisan dan entri kawe setakat ini tidak salah dan mengundang dosa (kalau kawe terlepas pandang kawe minta maaf). Kawe anggap blog ini sebagai perkongsian diri kawe dengan khalayak siber (kalau ada yang sudi membacalah kan, rasanya tak ada pun hek hek hek...). Selain itu kawe juga bolehlah anggap blog ni sebagai terapi diri kawe. Terapi meluahkan perasaan hek2. Sebab kawe tak punya ramai kawan. Nak pergi bilik kaunseling malas pulok ha2...

Berbalik kepada topik di atas sekaliiii (sekali lagi), kawe kadang-kadang rasa dia benci akan kawe (bencikan salah ya, benci akan). Entahlah, nak kata kawe ada buat salah besar, tak pun kot( kalau ada sikitlah kot...kot....). Entahlah, hati manusia tak dapat kita duga. Kalau dapat duga pun, duga tapi hasilnya tak terduga dan menjadi dugaan kepada kawe.Kawe tahu kawe tidak setaraf dan sekufu dengan dia, kawe insan kerdil. Tapi kawe kadang-kadang lupa akan perihal kekerdilan kawe di sisi dia. 

Entahlah. Kadang-kadang @kadang-kala kawe rasa nak mengasingkan diri daripada dia dan kawe memang pernah buat. Dia panggil kawe buat donno. Dia panggil kawe buat dek. Dia panggil kawe buat tak cerdik (bukan bodo).  Semata-mata untuk tidak terasa dekat dengan dia sebab kalau kawe dekat dengan dia, kawe terasa  satu perasaan. Perasaan  untuk menyayangi  insan lain. Dan walau  macam mana kawe cuba untuk mempunyai rasa sayang  hanya sebagai kawan, kawe tak mampu .Entahlah kawe pun tak tahu. Mungkin sebab hati kawe pernah terjatuh kepada dia dan walau kawe cuba kutip balik hati yang dah jatuh tu, masih ada  kepingan hati yang masih tertinggal pada dia....

Kawe akhiri   dengan sebuah pantun nukilan bersama Han Amran 


Nenek mengomel adik tertawa,
Atuk setia mengasah parang,
Kupandang comel kulihat lawa,
Apakan daya  hak milik orang...


Tontonilah filem Sang Pencerah, sangat best bagi kawe: http://www.youtube.com/watch?v=B4e3j7yUAF4&feature=plcp




Comments

Popular Posts