Segelas air pengikat cinta - Rumah Seri Kenangan
Segelas air pengikat cinta
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
BAHAGIA...Idris dan Rohani diarak dengan beca ke majlis persandingan, semalam.
KOTA BHARU: “Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin).
“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK.
Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.
Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.
Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.
_________________________________________________________________________
Sahaja-sahaja kawe post entri ni. Tajuk berita kat atas ni tentang perkahwinan dua orang penghuni Rumah Seri Kenangan. Berita selanjutnya belilah harian metro (Kawe tak promote ok, cuma nak bagi cadangan. Tak pun pegi baca kat mana-mana kedai kopi. Tak pun baca kat kedai Abe Burger IPGKSM kite ha3), macam mana air boleh menjadi pengikat kasih dua warga emas ni. Mungkin Nenek Rohani pandai buat air kot sampai terpikat Pak Deris kiter...ha2. Terbaca berita metro ni teringat semula kenangan di Rumah Seri Kenangan Taman Kemunim semasa buat Bina Insan Guru (BIG). Ada suka. Ada duka( sampai ipan pon nangis huhuuuu...ingat hati kering jiwa taiko). Apa -apa pun tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai merpati dua sejoli gitu...hihihi.
Ni dia bukti kawe dan rakan-rakan pernah menziarahi rumah ni. |
Bergambar kenangan dengan warga RSK TK, peaceee!! |
Comments